Skrg aku masih lagi menjadi student, selalu aku merungut “kalau lah aku keje terus je dulu kan bagus! xpayah nak pening kepala otak nak study, hidup pun senang ada duit!” Selalunya aku berkata macam nie sewaktu menghadap nota-nota dan modul-modul yang ada untuk menjawap exam keesokan hari. Dan orang yang selalu meracau pada malam exam dah tentulah aku orangnya..
Ok.. Aku mengaku dulu kehidupan aku sangat enjoy sebenarnya.. (baru sekarang aku mengaku kehidupan seorang student sangat seronok).. Kenapa aku cakap macam tu? Meh aku uraikan secara peribadi;
Kalau waktu aku jadi student, masa aku memang banyak sangat, (sampai xtau nak isi macam mana lagi, huhu).. Apa lagi, internet la! Sebab tu Facebook..Blog... nie tercipta semasa aku menjadi student.. tp bila dh keje nanti? Huh! Balik keje, buat report keje, terus terlentang! Tido! Bangun pun memang ada masa nak update blog, tapi tetap malas nak menaip entry.. Sebab tu kalau nak buat entry baru, aku takkan karang di laptop, tapi aku buat dalam handset! FYI, 90% entry facebook untuk tahun ini, semuanya dibuat didalam handset! Aku cuma email kemudian baru edit di laptop..
Kalau dulu memang tak menjadi masalah bagi aku untuk berjalan-jalan ke blog kawan-kawan aku dan meninggalkan jejak.. Sebab tu dulu menteil.net ramai responder dari rakan blog.. Sebab aku rajin melawat blog orang lain! Sekarang? Huh! Memang tak macam dulu, kalau aku lawat pun tak akan meninggalkan jejak.. Sebab nak memikirkan komen pun dah tak terdaya dah! Tak mustahil lah sekarang ni blog menjadi sunyi! (opss! Aku tak pernah menyalahkan pembaca aku sebab ini memang salah aku sendiri!).. Sebab tu sekarang nie aku sudah tak berapa kisah jika respon yang aku dapat tu sikit..
Oklah.. Habis untuk dunia internet, kalau larat lagi nak baca sila teruskan.. Aku nak masuk perihal peribadi pulak..
DH jadi seorang student dah tentulah waktu yang paling tension ialah masa nak study untuk jawab exam.. Ditambah pulak risaunya hati kalau fail, ahh kena repeat paper pulak! Sekarang? Tiap-tiap hari aku tension! Tension pasal assignment! Waima waktu cuti pun boleh tension memikirkan kerja yang bakal aku hadap nanti.. Dapat bezanya? Tension pun paling lama seminggu dua je masa aku jadi student nie.
0 comments:
Catat Ulasan