BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 19 Mei 2010

Kisah sebenar Bulu Mata....


 Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah."Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.". "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tidak ada sesiapa kecuali aku dan suaramu.".
"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata mengangkat bicara, "Saya yang memandangi.". Disusuli oleh telinga, "Saya yg mendengarkan. ". Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium.". Bibir mengaku, "Saya yang merayu.". Lidah menambah, "Saya yang mengisap.". Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan.". "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat menyanggahnya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas daripada tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya, "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.". "Silakan", kata malaikat.

Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah Nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun hanya selembar bulu matanya sahaja yg dibasahi dengan air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sehingga membasahi saya dengan air mata penyesalan.".

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari Neraka dan dihantarkan ke Syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk Syurga hanya kerana pertolongan selembar bulu mata."

MashaAllah…dengan hanya bantuan selembar bulu mata, Syurga menjadi tempatnya.

“Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa kami, berikanlah kemenangan kepada agamaMu ini dan hanya padaMu kami memohon segalanya .”

Laksam meletooooppp

SELAMAY MENCUBA....EHEHE

Bahan Laksam:

3 cawan tepung beras
6 sudu besar tepung jagung
6 cawan air
sedikit garam

Bahan kuah:

3 ekor ikan sardin
1 gelas santan
½ biji bawang besar
4 ulas bawang putih

1 inci halia
1 batang serai
2 sudu kerisik
Sedikit lada sulah
2 asam keping
1 inci lengkuas
Gram dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan tambahan (jika suka):

Telur rebus
Daun salad
Timun – potong halus
Taugeh
Sambal belacan
Cili tumbuk
Kacang panjang – potong kecil-kecil

Cara-cara penyediaan:


Penyediaan laksam:

  1. Satukan kesemua bahan laksam dan gaul sehingga sebati. Ketepikan dan perap sema ½ jam. Sementara itu panaskan kukusan.
  2. Sapu sedikit minyak pada loyang atau pinggan leper, masukkan ke dalam kukusan. Tuang 2 senduk adunan laksam pada loyang/pinggan dan sapu hingga rata dan nipis.
  3. Kukus sehingga masak, agak keras tetapi tidak berair.
  4. Keluarkan dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit sebelum digulung.
  5. Gulung memanjang dan potong kecil.
Penyediaan kuah:


  1. Rebus ikan sehingga masak.
  2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
  3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
  4. Masukkan asam keping, kerisik, lengkuas, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga naik bau.
  5. Tapis ikan dari air rebusan, simpan air rebusan. Kisar ikan sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau hingga rata.
  6. Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
  7. Masukkan santan dan kacau lagi hingga mendidih.
  8. Rasa garam dan gula, tambah jika perlu. Tutup api.
Sajikan potongan laksam bersama bahan-bahan tambahan dan kuah.

jGn LeBiH BiLa Berkasih...



Bila berkasih segalanya mungkin akan lupa.. Segalanya akan jadi sempurna.. Tapi selalunya orang akan lupa dimana nilai sebenarnya.. Aku selalu tekankan, jangan percaya 100% pada kekasih sendiri.. Dan berani aku katakan pada suami atau isteri sendiri pon jangan dipercaya 100%.. Ini adalah untuk langkah berjaga².. Hati manusia boleh berubah.. Bila² masa..

Jangan beri segalanya pada si dia.. Lantak la dari segi apa pon.. Harta benda, kasih sayang, ataupun ‘mahkota’ diri.. Semuanya perlu ada limit.. Bataskan segalanya..

Dan yang paling penting, bersedialah untuk segala kemungkinan.. Apa yang paling ditakutkan mestilah berpisah.. Ya memang, memori bukan senang dipadam.. Tapi set pada minda sendiri andai kamu berpisah jadikan ia hanya sekadar pengalaman yang mana akan mengajar lebih matang di satu hari nanti.. Tuhan dah sediakan kamu dengan jodoh yang baik..

Kadang² aku memang memaki hina cerca (hanya dalam hati) dengan insan² lupa diri bila berkasih nie.. Tak kira la lelaki ke perempuan.. Faktanya tetap sama..Ini pengalaman.. Segalanya tetap dalam simpanan tingkah perlakuan dalam memori akal aku nie.. Aku kian melalut… Salam..


ingatlah "indahnya hari bukan pada mentari, tapi pada sinarnya…"


Kesedihan Bukan Kepedihan

                
Setiap manusia diberi personaliti berbeza.. Berbeza juga perasaannya.. Ada yang menganggap sedih itu indah.. Selalunya kesedihan itu akan menjadi kenangan yang sangat mahal tatkala kegembiraan mulai mekar.. Ada yang menganggap sedih itu terlalu pahit.. Memang sukar dipendam ataupun dipadam.. Sampai bila² pun ia tetap menjadi calar dalam larian kehidupan..

Kesedihan adalah antonim bagi kegembiraan.. Sama seperti racun yang berantonimkan penawar.. Jadilah kegembiraan itu sebagai ubat.. Bukannya sukar mencari kegembiraan seperti sukarnya menerima kesedihan.. Nikmati kegembiraan itu sebaiknya supaya ianya bakal menjadi penawar yang baik suatu hari nanti mungkin..

Sedih itu pilihan? Salah! Aku tak setuju.. Memang perlu bersedih tapi bukan menjadikannya pilihan..
Dulu aku memang selalu sedih dengan kehidupan.. Bukan saja kehidupan aku, kehidupan keluarga aku, kehidupan kawan aku, kehidupan kawan kepada kawan aku, kehidupan kawan kepada ketua kampung aku, tapi semualah! Akhirnya aku fikir kehidupan bukannya kekal, kenapa tidak teruskan saja dengan kegembiraan bukan?

Dulu aku sangat hirau dengan sekeliling.. Semua ambil pusing.. Setiap kata aku simpan, setiap cacian aku sematkan.. Tapi semuanya bukan kearah kecermelangan kegemilangan dan keterbilangan.. Semuanya bersifat kebencian kedengkian dan kelakhanatan.. Akhirnya aku biarkan mulut busuk itu terus menyebarkan ketengitannya tanpa aku menhirup baunya..
Dulu sedih juga berpisah dengan kekasih sendiri.. Tapi bila difikarkan untuk apa? Kumbang bukan seekor (bosan sudah aku dengar pepatah yang ini) biarpun bukan semua kumbang tidak mahu kepada bunga ini, tapi si bunga akan terus juga mencari madu yg berkualiti...(kena faham maksud sebenar yang ini)


Seronoknya Menjadi Seorang Student

Skrg  aku masih lagi menjadi student, selalu aku merungut “kalau lah aku keje terus je dulu kan bagus! xpayah nak pening kepala otak nak study, hidup pun senang ada duit!” Selalunya aku berkata macam nie sewaktu menghadap nota-nota dan modul-modul yang ada untuk menjawap exam keesokan hari. Dan orang yang selalu meracau pada malam exam dah tentulah aku orangnya..

Ok.. Aku mengaku dulu kehidupan aku sangat enjoy sebenarnya.. (baru sekarang aku mengaku kehidupan seorang student sangat seronok).. Kenapa aku cakap macam tu? Meh aku uraikan secara peribadi;
Kalau waktu aku jadi student, masa aku memang banyak sangat, (sampai xtau nak isi macam mana lagi, huhu).. Apa lagi, internet la! Sebab tu Facebook..Blog... nie tercipta semasa aku menjadi student.. tp bila dh keje nanti? Huh! Balik keje, buat report keje, terus terlentang! Tido! Bangun pun memang ada masa nak update blog, tapi tetap malas nak menaip entry.. Sebab tu kalau nak buat entry baru, aku takkan karang di laptop, tapi aku buat dalam handset! FYI, 90% entry facebook untuk tahun ini, semuanya dibuat didalam handset! Aku cuma email kemudian baru edit di laptop..
 
Kalau dulu memang tak menjadi masalah bagi aku untuk berjalan-jalan ke blog kawan-kawan aku dan meninggalkan jejak.. Sebab tu dulu menteil.net ramai responder dari rakan blog.. Sebab aku rajin melawat blog orang lain! Sekarang? Huh! Memang tak macam dulu, kalau aku lawat pun tak akan meninggalkan jejak.. Sebab nak memikirkan komen pun dah tak terdaya dah! Tak mustahil lah sekarang ni blog menjadi sunyi! (opss! Aku tak pernah menyalahkan pembaca aku sebab ini memang salah aku sendiri!).. Sebab tu sekarang nie aku sudah tak berapa kisah jika respon yang aku dapat tu sikit..
 
Oklah.. Habis untuk dunia internet, kalau larat lagi nak baca sila teruskan.. Aku nak masuk perihal peribadi pulak..
 
DH jadi seorang student dah tentulah waktu yang paling tension ialah masa nak study untuk jawab exam.. Ditambah pulak risaunya hati kalau fail, ahh kena repeat paper pulak! Sekarang? Tiap-tiap hari aku tension! Tension pasal assignment! Waima waktu cuti pun boleh tension memikirkan kerja yang bakal aku hadap nanti.. Dapat bezanya? Tension pun paling lama seminggu dua je masa aku jadi student nie.

Khamis, 13 Mei 2010

1 hati 2 jiwa 3 cinta






















Dalam hidup ini pastinya kita mempunyai kisah kasih bersama insan yang sungguh bermakna dalam hidup kita. Kisah kasih bersama insan tersebut mungkin membuat kita tidak tidur malam, tidak selera makan, dan sebagainya kerna mempunyai nilai makna yang tersendiri. Dialah segalanya, dia perobah hidup kita dan inspirasi kita.Saya ingin coret kisah kasih saya di sini....

Coretan ini adalah coret-coret halus dan teliti buat arwah abah saya, Mejar Hj Abdullah Yusof dan juga mama ku Pn Sumarni Bahrom. Walaupun coretan ini berkisar tentang hidup ayahanda dan saya tetapi ingin saya tonjolkan peribadi yang unik dan terkesan dalam membimbing saya dan adik-adik menjadi insan berguna.Abah dan mama  adalah insan terdekat yang paling saya kagumi di dunia ini. Beliau seorang yang tegas dalam keputusan, penyayang dalam diam dan marah kerna kasih.

Abah seorang yang tegas dalam diam, jarang senyum kerna senyuman abah menawan agaknya manakala mama sgt manja dan romantis bila berkata2. Kepada adinda Hanif.Hussian,Hassan & Nadiah..,ingatlah mereka.Mereka semesti ingat adinda semua. Mana pernah abah dan mama lupakan semua anak-anaknya. Pasti abah dan mamah akan mengambil berat seberatnya seluruh hidup anak-anaknya. Beliau banyak mengajar dari kesungguhan dan meniup harapan dalam diri saya.

Walaupun org kata perhbgan memerlukan komitmen dr kedua2nyer.......tp kite jgk perlukan someone yg bleh memberi sinar dan kegembiraan. Mohd Azri,,ini lah insan yg menjadi sinar dlm hidup aku,,,gelak ketawa menangis bermanje sume aku kongsi dgn die,,,ermmm normal if ada salah fham...gado2..mrjuk2...suma tu asam garam hidup kn.... i love all of them :)




Ini menu untuk family xkira weekday @ weekend...yumyumyum "ketam masak lemak cili api",lepas mkn mesti telinga berapi2,huhhuhu bukan stakat tok family jew tok laling pun bleh jgk.so i ajak la laling i g beli ketam nie kt psar.lpas je besih2 kn trus simpan dlm peti dulu.jd hari nie dpt la aku memasaknyer...yg lain,jom kite ratah ketam nie yaummmyaumm......





KETAM LEMAK CILI API

bahan2
1kg ketam
1kotak santan segera
3btg serai dititik
1helai daun kunyit dimayang
2keping asam keping
air-ikut kepekatan kuah

bahan2 untuk diblend
10 ulas bwg kecik
4 ulas bwg putih
2" halia
1/2" kunyit hidup
15 tangkai cili padi-lg byk lg pedas ooo

cara2nyer

  1. tumis bhn2 yg diblend td smpai naik bau
  2. masuk daun kunyit & serai,,then kacau cket
  3. masuk sntan & air ikut kepekatan yg korang suka
  4. lpas mindidh masuk ketam,asam keping,gula & garam sckup rasa
  5. biar seketika tok bg ketam masak btol2
  6. dh siap..hidng dgn nasi pasa...perrgghh terangkat tu

Isnin, 10 Mei 2010

kngan manis dan pahit

erm dlm hidup kite ni kdg2 kite hepi kdg2 kite sedih..
ari nie ari sedih aku lah kiranye sbb ntah lah aku pun xpahm....
knpa yer biasanye kite nie slalu diketepikan....tp xpe ar pd aku sempi jew jnji aku ada fmily aku yg sgt mmahami aku nie....

prkara yg pling mencuit ati aku ialah bila aku lepak santai dgn my mom,,my niece...n all my sibling.al maklumlah niece aku yg 2org nie sgt nakal,,,org kata if kids nakal mknanye cerdik la tu bile besar kn,,hehehe cuba u guys imagine dorang nie akan sepakat tok uat sepah rumah start dr dorang bdun smpai lah dorang tido blik.isnt it funny?nnti aku upload kn gmbr 2kanak2 pintar nie tok korang eh...